Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi MyCC yang baharu

Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi MyCC yang baharu

IDRUS Harun bersama Armizan Mohd Ali semasa pelantikan sebagai pengerusi MyCC baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelantikan ini berkuat kuasa mulai 25 November lalu hingga 24 November 2027, iaitu untuk tempoh tiga tahun.

“Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan setelah bekas Pengerusi iaitu Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md. Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkuatkuasa 3 Julai lalu.

“Pelantikan ini dibuat di bawah Seksyen 5(1)(a) Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713]. Berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran yang dimiliki, saya yakin pelantikan beliau akan memastikan kesinambungan usaha pemerkasaan peranan MyCC sebagai salah satu agensi di bawah KPDN.

“Selain itu, saya juga berharap beliau dapat membawa hasrat agenda reformasi Kerajaan melalui pindaan Akta Persaingan 2010 [Akta 712] untuk memperkasakan lagi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan MyCC termasuk memperkenalkan rejim penggabungan dan pengambilalihan untuk menghalang pembentukan awal kartel atau monopoli yang bermasalah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Armizan turut turut menzahirkan penghargaan kepada Hishamudin atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada MyCC dan negara sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. 

Terdahulu, Idrus memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting, termasuk sebagai Peguam Negara dengan rekod perkhidmatan selama lebih 40 tahun.

Sepanjang kerjaya beliau,Idrus telah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada 1 November 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya