Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Zainuddin memaklumkan ibunya, Zahura Abdul Mutalib telah meninggal dunia, pagi tadi.

Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Zarina menerusi sebuah hantaran di Instagram selain memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan arwah ibunya.

“Emak saya, Zahura Binti Abdul Mutalib baru saja meninggal selepas subuh pagi ini. Tolong doakan emak saya semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Zarina turut memberitahu kali terakhir dia berhubung dengan arwah ibunya malam tadi.

“Arwah akan dimandikan, disolat dan dikebumikan di Ipoh, Perak. Kali terakhir saya mesej dengan emak malam tadi sewaktu saya balik dari penggambaran pukul 2.30 pagi. Al-Fatihah,” katanya lagi.

Turut berduka dengan berita itu, perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan takziah dan doa daripada rakan artis serta peminat di ruangan komen.

“Zarina, mama sudah tiada? AllahuAkbar! Innalillahiwainnailaihirojiun, takziah. Aku doakan mama ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” komen Sheila Rusly.

“Salam takziah kak, baru saja kita sembang tentang mak ayah tiga hari lepas,” komen Datin Seri Nur Shahida.

“Moga arwah bonda ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh dan solehah. Salam takziah buat Kak Ina seisi keluarga,” kata Erra Fazira. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN