Ibu tunggal jana pendapatan projek cendawan

Ibu tunggal jana pendapatan projek cendawan

SEBAHAGIAN ibu tunggal dan penduduk Kampung Buaia di Padang Rengas, Perak menunjukkan hasil tanaman cendawan yang mereka usahakan. - UTUSAN/ FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG RENGAS: Sekumpulan ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap kini mempunyai pendapatan sampingan menerusi projek pertanian cendawan tiram di Kampung Buaia di sini sejak Ogos lalu.

Tanaman itu dilakukan secara teknik bongkah yang ditempatkan di dalam enam buah rumah cendawan, dengan proses penghasilan bongkah turut dilakukan di lokasi sama yang berkeluasan keseluruhan 0.4 hektar.

Projek itu dijayakan menerusi suntikan kewangan sebanyak RM100,000 di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) dengan pemantauan dipertanggungjawabkan kepada Kolej Komuniti Chenderoh.

Ketua Kampung, Haslan Abdul Halim berkata, selain ibu tunggal, aktiviti itu juga melibatkan penduduk kampung yang mahu menambahkan pendapatan termasuk golongan belia serta pesara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Buaia berkata, sebanyak tiga kali hasil tanaman telah berjaya dituai dan dijual di kawasan berhampiran dengan jualan boleh kira-kira RM1,500 sebulan.

“Kami memilih untuk mengusahakan cendawan kerana mempunyai potensi jualan. Misalnya di kawasan ini sudah ramai mengusahakan ternakan ikan keli. Maka kami memilih pertanian yang lain.

“Malah kami cuba mengawal pengeluaran supaya tidak berlaku lambakan hasil dan mengelak pembaziran,” katanya baru-baru ini.

Kata Haslan, projek itu mahu dimajukan lagi dari segi kualiti dan nilai tambah produk selain menerokai peluang pasaran baharu.

Pada hujung Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Padang Rengas dengan menyatakan harapan supaya peruntukan Sejati Madani dapat membantu penduduk luar bandar menjalankan aktiviti ekonomi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya