Ibu Scha Alyahya meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Scha Alyahya meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Awal Ashaari mengesahkan ibu kepada isterinya, Scha Alyahya iaitu Junainah Hashim telah meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi tadi.

Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Awal menerusi sebuah hantaran di Instagram Story yang turut memberitahu ibu mentuanya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

“Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya iaitu ibu kepada Scha Alyahya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, pengacara itu turut memaklumkan pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Difahamkan, jenazah juga akan dikebumikan selepas Asar di di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, pada petang ini.

“Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, selepas solat Asar.

“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sejurus selepas Asar,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Awal turut mendoakan kesejahteraan arwah ibu mertuanya agar dosa-dosanya diampuni Sang Pencipta.

“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunilah dosa dan kesalahannya. Al-Fatihah,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya