Hukuman berat menanti penyebar bahan lucah tanpa izin - Utusan Malaysia

Hukuman berat menanti penyebar bahan lucah tanpa izin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Undang-undang khusus akan diperkenalkan bagi mengekang dan menjatuhkan hukuman yang berat terhadap penyebaran bahan lucah tanpa izin atau ‘revenge porn’ dengan tujuan mengaibkan privasi serta maruah mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, undang-undang dan hukuman itu akan dicadangkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) (No. 2) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024.

Kata beliau, kes penyebaran bahan lucah tanpa izin sering dilakukan sebagai tindakan membalas dendam oleh bekas pasangan.

“(Tindakan tersebut) menyebabkan trauma mendalam kepada mangsa termasuk kemurungan dan kesan sosial yang membinasakan.

“Melalui cadangan pindaan ini, undang-undang khusus akan diperkenalkan untuk menetapkan hukuman berat kepada pelaku,” katanya membentangkan RUU (No. 2) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Azalina berkata, penggunaan platform media sosial sudah membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan kemudaratan terutama kepada golongan rentan seperti remaja, kanak-kanak dan golongan mempunyai masalah kesihatan mental.

“Terdapat satu kes tragis melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Sarawak yang mengambil nyawanya sendiri selepas menjalankan undian di dalam media sosial Instagram.

“Dalam tinjauan itu, 69 peratus pengikut mengundi untuk beliau “mati” dan malangnya remaja tersebut telah mengikut keputusan undian tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya