Hotel 3 bintang di Pulau Poh, Kenyir Geopark siap dibina

Hotel 3 bintang di Pulau Poh, Kenyir Geopark mula operasi suku kedua 2025

HOTEL bertaraf tiga bintang di Pulau Poh, Kenyir Geopark, Hulu Terengganu dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan. -  UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Hotel bertaraf tiga bintang di Pulau Poh, Kenyir Geopark di sini yang mula dibina pada 2017 bakal beroperasi bermula suku kedua tahun depan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pembinaan hotel setinggi lapan tingkat itu melibatkan nilaian kos kontrak kira-kira RM97.4 juta.

Katanya, apabila beroperasi kelak, industri pelancongan di daerah ini khususnya di Kenyir Geopark dijangka bertambah rancak dengan bilangan pelancong tempatan dan luar negara.

“Pembinaan hotel ini pelengkap kepada projek-projek Kenyir Island Hopping yang lain seperti Jambatan Pulau Poh dan terminal sekali gus membantu usaha menjadikan Kenyir Geopark sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

“Hotel yang belum diberi nama khas ini direka dengan mengambil kira elemen mesra alam bagi memulihara keindahan alam semula jadi tasik buatan manusia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Hotel Kerajaan Negeri Terengganu di Pulau Poh yang  ditandatangani Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan dan Khidmat Pengurusan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd. Fadhli Jusoh.

Majlis turut disaksikan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir. Dr. Hasli Ibrahim dan dokumen yang ditandatangani itu kemudian diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun. 

Hotel yang  jangkaan  asalnya siap pada 30 Jun 2018 itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti 150 bilik  serta dewan konvokesyen dengan kapasiti muatan 1,000 tetamu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya