Himpunan solidariti Najib: Biarlah kalau Pas mahu main politik sekali pun - Mohd Puad

Himpunan solidariti Najib: Biarlah kalau Pas mahu main politik sekali pun – Mohd Puad

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO mempertahankan tindakan Pas mengadakan himpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari ini di Putrajaya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, terpulang kepada Pas untuk mengadakan himpunan tersebut walaupun hanya untuk bermain politik.

Menurut beliau, pihak yang menyebabkan isu titah adendum berlarutan sehingga kini lebih kuat bermain politik.

“Sebab itu UMNO tidak kisah apabila Hassan Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang) minta ahli PKR jangan sertai perhimpunan. Tahulah UMNO urus sendiri.

“Dijangka 15,000 ahli UMNO hadir dengan berbaju merah, UMNO sudah merancang lebih awal sebelum Pas keluar surat.

“Kalau Pas boleh kumpul sampai 10,000 orang baguslah. Itu tanda Najib ada aura pada ahli Pas, Kalau ada 100 orang ahli PKR, DAP dan Bersatu datang sudah menggemparkan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tular dalam media sosial memo Pas akan mengadakan himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari 2025.

Berdasarkan ‘Memo Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan’ itu, himpunan akan diadakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Menurut memo berkenaan, antara agenda yang akan dilaksanakan adalah solat hajat beramai-ramai dan meminta orang ramai yang hadir untuk berwuduk terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, UMNO akan berhimpunan secara aman dan mengikut peraturan sedia ada pada hari kejadian.

“Perbincangan sudah dibuat dengan pihak berkuasa, tidak akan ada pokok bunga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan rosak, tercabut atau kenderaan polis diterbalikkan seperti ketika Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berhimpun dulu.

“Populariti Najib digeruni, sebab itu ada pihak yang ikhlas dan ada yang mahu mempolitikkan titah adendum ikut nafsu masing masing. Pokoknya UMNO tetap bersolidariti dengan Najib,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya