Harimau kumbang keluar hutan cari makan masuk perangkap

Harimau kumbang keluar hutan cari makan masuk perangkap

HARIMAU kumbang yang masuk ke dalam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan. - UTUSAN/IHSAN PERHILITAN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seekor harimau kumbang ditangkap selepas memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohamad Hafid Rohani berkata, sepasukan anggota dari Kuala Krai menjalankan siasatan di lokasi aduan dan memasang satu perangkap pada Ahad lalu.

Katanya, operasi pemindahan haiwan liar itu dilakukan pada pukul 12 tengah hari semalam oleh enam anggota Perhilitan Daerah Kuala Krai dan dibantu  kakitangan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Gua Musang.

“Harimau kumbang ini dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai yang terletak berhampiran dengan Kampung Gua, Paloh 1, untuk mencari makanan.

“Khidmat nasihat dan langkah mitigasi sudah diberikan kepada penduduk kampung supaya membersihkan kawasan semak di sekitar kampung dan kebun,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN