Harga sayur kembali stabil selepas Mac

Harga sayur kembali stabil selepas Mac

MOHAMAD Sabu (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Khas Sumbangan Tunai Kepada Pewasah Fasa 2 di PPK Bunga Raya, Tumpat, Kelantan, hari ini. U TUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Harga sayur yang melambung ketika ini dijangka kembali stabil pada Mac depan selepas musim tengkujuh tamat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenaikan itu dipengaruhi oleh perubahan cuaca selain banjir yang melanda beberapa negeri sebelum ini.

Katanya, kerajaan mengambil maklum keluhan rakyat berhubung kenaikan itu dan terus berusaha bagi memastikan harga bahan mentah tersebut kembali stabil.

“Kenaikan harga sayur-sayuran kebiasaannya tidak lama dan hanya semasa musim tengkujuh. Sebagai contoh sayur jenis timun. Harganya naik semasa musim tengkujuh, tetapi selepas Monsun Timur Laut (MTL)  berlaku lambakan sayur itu. Tiada yang mahu membelinya.

“Kita menjangkakan harga sayur-sayuran kembali stabil tidak lama lagi, mungkin selepas musim tengkujuh iaitu Mac tahun depan,” katanya selepas Program Ihsan Madani: Bantuan Khas Sumbangan Tunai Fasa 2 Kepada Petani dan Nelayan yang terkesan dengan banjir di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya, di sini hari ini.

Mohamad berkata, ketika ini kerajaan berusaha memastikan kenaikan yang berlaku itu tidak lama menerusi bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“FAMA akan memainkan peranan dalam memastikan isu harga dan pasaran dapat diselesaikan,” ujarnya.

Terdahulu, cuaca tidak menentu dilapor menyebabkan bekalan sayur di negeri ini berkurangan seterusnya harga meningkat hingga tiga kali ganda. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya