PETALING JAYA: Hanya 0.24 peratus atau 948 daripada 393,951 pengikrar memenuhi persetujuan mendermakan organ mereka selepas kematian sejak tahun 1976 sedangkan jumlah senarai pesakit yang menunggu organ kini mencecah 10,297 orang. Timbalan Pengarah Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), DR. HASDY HARON berkata,berikutan itu, pesakit yang memerlukan organ baharu terpaksa menunggu lebih lama dan terpaksa terus menanggung kesakitan yang dialami. Malah lebih menyedihkan, katanya, ramai di antara pesakit yang sudah menunggu sehingga lebih 10 tahun meninggal dunia kerana gagal mendapatkan organ baharu dalam tempoh yang diperlukan. Beliau berkata, majoriti yang menunggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya