Hamidin rasmi Kongres Pafa - Utusan Malaysia

Hamidin rasmi Kongres Pafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin akan menghadiri Kongres ke-63 Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di sebuah hotel terkemuka di Meru Raya di sini esok.

Setiausaha Pafa, Tajul Hasnan Omar berkata, Hamidin akan menyampaikan ucapan serta merasmikan kongres tersebut.

Seramai 14 ahli gabungan serta 16 Exco persatuan dijangka menghadiri kongres itu.

Dalam perkembangan lain, Tajul Hasnan memberitahu Pafa akan melancarkan kejohanan Piala Menteri Besar pada hari Isnin ini.

Menurutnya, kejohanan antara daerah itu akan disertai 14 pasukan terdiri daripada semua ahli gabungan Pafa.

Pafa baru dihidupkan semula berikutan campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas hampir dibubar kerana krisis dalaman sembilan bulan lalu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya