Hakim tolak permohonan gugurkan kes rogol babitkan Jay-Z - Utusan Malaysia

Hakim tolak permohonan gugurkan kes rogol babitkan Jay-Z

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Usaha penyanyi rap, Jay-Z untuk membebaskan diri daripada tuduhan merogol seorang remaja perempuan pada tahun 2000 gagal apabila hakim memutuskan untuk meneruskan perbicaraan kes berkenaan.

Malah hakim, Analisa Torres dalam prosiding Khamis lalu, mengutuk peguam lantikan penyanyi rap itu, Alex Spiro,  yang terlalu agresif dalam usahanya untuk menggugurkan kes tersebut.

“Tindakan peguam (Jay-Z) yang menggunakan kata-kata kesat, unsur hasutan dan serangan dalam pembelaannya adalah tidak wajar. Mahkamah tidak akan menyegerakan proses kehakiman hanya kerana peguam menuntutnya,” kata Torres.

Oktober lalu, mangsa, yang mahu dirinya dikenali sebagai Jane Doe, memfailkan pertuduhan salah laku seksual terhadap penyanyi rap, Sean Diddy Combs dan seorang lagi penyanyi rap yang tidak disebutkan namanya.

Namun, awal bulan ini, mangsa meminda laporan tersebut, dengan mendedahkan Jay-Z atau nama sebenarnya, Shawn Corey Carter sebagai individu kedua selain Diddy yang merogolnya semasa acara tertutup yang diadakan selepas MTV Music Video Awards pada tahun 2000.

Dalam pertuduhan yang difailkan, mangsa mendakwa tanpa sedar diberikan dadah sebelum dirogol kedua penyanyi rap tersebut.

Jaz-Z bagaimanapun berulang kali menolak pertuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai cerita palsu yang diada-adakan untuk menjatuhkannya.

Disebabkan itu, Spiro mendesak hakim agar segera menggugurkan kes berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya