Haji: Tabung Haji buka permohonan rayuan 

Haji: Tabung Haji buka permohonan rayuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M.

Ketua Jabatan Haji, Mohd. Hisham berkata, permohonan tersebut boleh dibuat melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini sehingga 31 Januari 2025.

“Proses rayuan haji dibuka lebih awal bagi mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.

“TH akan memberi keutamaan rayuan mahram, pengiring jemaah lanjut usia dan  pengiring bagi jemaah kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji pada musim haji 1446H/2025M,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, para pendeposit TH boleh memuat turun aplikasi THiJARI melalui App Store atau  Play Store atau melayari laman sesawang www.thijari.com.my untuk mengetahui  proses membuat permohonan rayuan, menyemak kategori rayuan dan status permohonan.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di  talian 03-6207 1919.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya