Guru mengaji ditahan selepas pukul kanak-kanak

Guru mengaji ditahan selepas pukul kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang guru mengaji warga Somalia ditahan polis selepas didakwa memukul seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Melayu Ampang, Ampang, Selangor pada 23 Disember lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada 22 Disember sekitar pukul 3 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang baru seminggu mengikuti kelas mengaji bersama suspek, enggan membaca al-Quran seperti diarahkan. 

“Suspek lelaki itu dikatakan memukul mangsa menggunakan rotan sehingga meninggalkan kesan luka di bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tambah Nazruel, suspek berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya sekitar pukul 5.45 petang pada 23 Disember di Jalan Permai, Taman Dato’ Ahmad Razali.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan air kencing mendapati negatif dadah. 

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 24 Disember hingga 30 Disember bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang bentuk penderaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya