Guru Kafa kontrak tidak layak diserap ke jawatan tetap kerana gagal penuhi syarat,

Guru Kafa kontrak tidak layak diserap ke jawatan tetap kerana gagal penuhi syarat,

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang masih berstatus kontrak didapati tidak layak untuk diserap ke jawatan tetap kerana tidak memenuhi syarat minimum kehadiran selama tiga hari bekerja seminggu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jika syarat itu tidak dipatuhi dan seterusnya menyukarkan proses kelolaan pihaknya.

Beliau menegaskan, pihaknya sentiasa komited memastikan perkara tersebut, termasuk isu kenaikan elaun, diberi perhatian melalui perbincangan yang berterusan demi menjamin hak mereka dalam menjaga kebajikan guru fardu ain.

“Untuk serap guru Kafa (kontrak ke perjawatan tetap), setakat ini keperluan yang diperlukan iaitu tiga hari bekerja tidak memenuhi hasrat terbabit.

“Jadi oleh kerana syarat itu tidak dipenuhi, di situ ada kesulitan dalam konteks untuk menyerap guru-guru Kafa ini kepada gred yang tetap. Itu yang jadi isu sebenarnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) melahirkan kebimbangan terhadap nasib guru Kafa yang memikul tanggungjawab sama penting seperti guru sekolah harian biasa, sambil menyeru kerajaan memberikan penjelasan mengenai faktor yang menghalang golongan itu, khususnya yang berstatus kontrak, daripada diserap ke jawatan tetap

Bagi Menjawab soalan asal dikemukakan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan satu jabatan khusus jabatan pendidikan islam bagi menguruskan pelajar dan guru bagi menetapkan pendidikan islam secara keseluruhan di negara

Mohd Na’im berkata, ketika ini Jakim belum berhasrat untuk mewujudkan jabatan pendidikan Islam bagi menguruskan pendidikan Islam di Malaysia.

“Ini kerana institusi tersebut berada di bawah tanggungjawab pihak berkuasa agama negeri dan di bawah penyelarasan pendidikan Jakim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya