GISBH: Keputusan representasi gadis dera kanak-kanak 7 Januari 2025

GISBH: Keputusan representasi gadis dera kanak-kanak 7 Januari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh baharu untuk keputusan representasi seorang gadis berkaitan pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak di sebuah pusat jagaan yang mempunyai kaitan dengan syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH), Ogos lalu.

Ia berikutan pihak pendakwaan di dua kamar mahkamah berasingan iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Norazihah Asmuni memaklumkan, belum menerima representasi daripada pihak pembelaan.

Sebutan semula kes didengar di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Datin Surita Budin.

Peguam, Boestamam Ahmad yang menyebut bagi pihak peguam, Doreena Abdullah memberitahu mahkamah beliau dimaklumkan Doreena tidak sihat beberapa bulan dan memohon dipertimbangkan untuk pihak pembelaan tempoh lanjutan untuk menyediakan satu lagi representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi kesemua empat pertuduhan ke atas tertuduh.

Menurut Boestamam, Doreena merupakan peguam mewakili tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 20, dan masih mengendalikan kes tersebut.

Puteri Nurin Amalina kini masih direman di Penjara Sungai Udang, Melaka selepas gagal membayar jaminan keseluruhan sebanyak RM80,000.

Pada 12 September lalu, media melaporkan Puteri Nurin Amalina yang merupakan pembantu penjaga kanak-kanak didakwa atas empat pertuduhan iaitu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.

Kesalahan dilakukan di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah sini sekitar bulan Ogos lalu dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya