GISBH: JAIS tunggu arahan untuk dakwa

GISBH: JAIS tunggu arahan untuk dakwa

JAIS GISBH
MOHD. Shahzihan Ahmad ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman keputusan peperiksaan sekolah-sekolah kelolaan JAIS, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 141 kertas siasatan dibuka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyiasat penyelewengan yang dilakukan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holding Sdn. Bhd. (GISBH).

Kes terhadap pengikut kumpulan itu disiasat di bawah Seksyen 12C Enakmen Syariah Selangor iaitu melanggar fatwa.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bagaimanapun siasatan tersebut masih di peringkat perbincangan dengan pihak pendakwa raya syarie untuk menentukan kes, namun akan mendakwa pengikut yang terlibat secepat mungkin apabila mendapat arahan.

“Semua kertas (siasatan) saya muktamadkan dan sekarang dalam perbincangan dengan pihak pendakwa. (Namun) Akhirnya berapa kes akan didakwa itu adalah kuasa pihak pendakwa syarie.

“Sekarang dalam proses beberapa kehendak pihak pendakwaan masih disempurnakan dalam tempoh seminggu ini. Insya-Allah kalau ada kes kita akan dakwa secepat mungkin, kalau tiada kes pun itu kehendak pendakwa raya syarie,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman keputusan peperiksaan sekolah-sekolah agama kelolaan JAIS, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan JAIS menyiasat 612 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH, daripada jumlah tersebut seramai 22 sudah dituduh di Mahkamah Selayang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 yang pengurusan kesnya ditetapKan pada 23 Disember ini.

Selain itu beberapa pengikut lain turut dituduh di mahkamah berlainan di Negeri Sembilan, Johor Bahru dan Klang atas pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, Ahmad Mohd. Shahzihan memberitahu pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya mengintegrasikan dengan masyarakat umum menerusi modul dan proses istitabah yang dilaksanakan.

“Tetapi bagaimana mereka dan anak-anak boleh duduk dan mereka boleh dapat tempat dalam sistem mainstream (masyarakat umum) kita. Sebab, selama ini (mereka) mendapatkan bantuan sesama sendiri.

“Usaha itu juga selaras dengan keputusan kerajaan supaya semua agensi termasuk agensi agama bagi mencari jalan agar mereka benar-benar dapat hidup bersama dengan kita seperti biasa,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya