Geng Running Man kembali ke Malaysia dengan konsert khas - Utusan Malaysia

Geng Running Man kembali ke Malaysia dengan konsert khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang rancangan hiburan ikonik Korea Selatan, Running Man, bakal kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun menerusi sebuah konsert khas.

Enam anggota yang bakal menghadiri konsert jelajah Running Man 2 U Live In Kuala Lumpur itu ialah Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan.

Konsert yang bakal diadakan pada 15 Februari 2025 di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) itu adalah bersempena menyambut kejayaan rancangan itu yang kini telah mencapai 732 episod tayangan sejak 2010.

Sebelum ini, konsert jelajah Running Man sempat singgah di Indonesia dan Filipina serta menerima sambutan luar biasa penonton.

Kini, mereka ingin meneruskan kemeriahan serupa di Malaysia dengan turut mengundang Jae Seok dan Se Chan yang bakal pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini.

Menurut penganjur, Sunstrong Entertainment, mereka menjanjikan konsert tersebut dipenuhi gelak ketawa dengan pelbagai aktiviti yang mencuit hati.

Terdahulu, Running Man telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang bersiaran antaranya Anugerah Progam Paling Popular, Anugerah Hiburan SBS.

Tiket serendah RM288 sudah mula dijual menerusi laman sesawan Bookmyshow. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya