Gempa bumi lemah berlaku di Pekan Ranau

Gempa bumi lemah berlaku di Pekan Ranau

ANGGOTA Bomba melakukan pemantauan di sekitar Pekan Ranau, hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.8 skala richter dilaporkan berlaku, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.56 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa atau keretakan bangunan yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian gempa bumi kira-kira pukul 3.15 petang dan sepasukan pegawai dan anggota melakukan pemantauan di sekitar Pekan Ranau.

Berdasarkan rondaan di kawasan Pekan Ranau mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian gempa bumi berlaku pada jarak 15 kilometer Barat Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

Antara kawasan yang dilawati oleh pasukan Bomba adalah bangunan Persekutuan, Pejabat Daerah Ranau, bangunan sekolah dan bangunan kedai yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya