HULU TERENGGANU: Banjir kembali melanda Terengganu hari ini apabila seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga dari daerah ini telah berpindah setakat pukul 6 petang.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Balai raya Kampung Peneh serta PPS Kampung Lubuk Periuk.
“PPS Kampung Peneh mula dibuka pukul 3 petang bagi menempatkan 10 keluarga melibatkan seramai 28 mangsa termasuk seorang bayi perempuan.
“Manakala di PPS Lubuk Periuk melibatkan seramai 20 mangsa daripada lima keluarga,” katanya.
Sementara itu untuk info, gelombang banjir di Terengganu sebelum ini pulih sepenuhnya pada 13 Disember lalu apabila PPS terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang.- UTUSAN