Gedung beli-belah wajar ada platform aktiviti sukan

Gedung beli-belah wajar ada platform aktiviti sukan

HANNAH Yeoh selepas merasmikan pameran seni mural dua legenda bola sepak Argentina di IOI City Mall Putrajaya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak pengurusan kompleks beli-belah di seluruh negara disarankan agar menyediakan ruang untuk pelbagai aktiviti sukan yang boleh disertai pengunjung awam.

 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ketika ini dianggarkan ada lebih 700 buah gedung sedemikian di Malaysia yang boleh dimanfaatkan.

 

“Premis sebegini menjadi tumpuan ramai keluarga menghabiskan masa dan anak-anak kelazimannya memerlukan sesuatu untuk bermain bagi mengisi waktu mereka,” katanya ketika berucap merasmikan pameran seni mural ikon bola sepak legenda Argentina, Diego Maradona dan Lionel Messi di IOI City Mall di sini hari ini.

 

Lukisan tersebut dihasilkan sendiri oleh artis tersohor negara itu, Cesar Damian Daiz Ferro dan perasmian disaksikan Duta Besar Argentina ke Malaysia, Marta Laura Gabrieloni.

 

Mengulas lanjut, Hannah berkata, kompleks perniagaan amat sesuai dijadikan platform bagi memupuk minat belia dalam kegiatan sukan yang bermula dari usia kanak-kanak lagi.

 

“Bahkan ada beberapa operator gedung beli-belah yang menyatakan minat sebagai hos bagi menawarkan kawasan dijadikan ruang untuk beberapa kejohanan sukan,” katanya.

 

Selain itu ujar beliau, sejumlah pusat beli-belah besar turut bersedia menjadikan ruang kosong sebagai lokasi aktivit riadah serta rekreasi sekali gus menggalakkan minat rakyat untuk bersukan.

 

Sementara itu, Marta dalam ucapan alu-aluannya berharap agar mural unik tersebut menjadi simbol ikatan hubungan diplomatik kukuh antara negara berkenaan dan Malaysia.

 

“Negara kami bukan sahaja melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia, malah dalam pelbagai jenis lagi sukan untuk dicontohi bakat anak muda di Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya