Gamuda Cove bina dua sekolah rendah awam siap 2026

Gamuda Cove bina dua sekolah rendah awam siap 2026

FADHLINA Sidek merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Gamuda Cove dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gamuda Cove. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Fasa pertama pembinaan dua buah sekolah rendah awam di perbandaran pintar Gamuda Cove iaitu Sekolah Kebangsaan Gamuda Cove dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gamuda Cove dijangka siap menjelang tahun 2026.

Kedua-dua sekolah itu akan dibangunkan menerusi dua fasa dan dijangka mampu untuk menampung sehingga 2,400 pelajar melibatkan 48 kelas apabila siap sepenuhnya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pembinaan kedua-dua buah sekolah itu dijayakan secara sepenuhnya menerusi inisiatif derma dan bina.

“Inisiatif ini adalah sinergi antara Kementerian Pendidikan (KPM) dengan sebuah syarikat yang mempunyai reputasi baik dan telah memberikan inspirasi khususnya berkaitan pendidikan.

“Jadi saya sangat percaya bahawa kerjasama ini  benar-benar perlu raikan dalam konteks memastikan akses pendidikan bagi memastikan anak-anak kita terus mendapat pendidikan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Gamuda Cove dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gamuda Cove di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gamuda, Tan Sri Ambrin Buang berkata, pembinaan sekolah-sekolah tersebut menjadi bukti komitmen Gamuda untuk membina komuniti yang dinamik dan mampan.

“Dengan memastikan pendidikan disepadukan dalam pembangunan kami, bersama-sama taman awam, pusat komersial dan kawasan hijau, kami berhasrat untuk menyediakan sebuah kediaman yang kondusif bagi keluarga untuk berkembang maju,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya