PETALING JAYA: Pihak Majlis Amanah Raya (MARA) menyerbu rumah mewah seorang pelakon popular, dipercayai milik Rozita Che Wan di Kota Damansara, pada pagi Selasa.
Tindakan itu dilakukan kerana pelakon berkenaan didakwa gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta ringgit.
Bagaimanapun, menerusi video yang tular, kelibat pelakon itu tidak kelihatan dan hanya ibunya sahaja berada di kediaman ketika serbuan diadakan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengaitkan rumah di kediaman mewah itu adalah milik pasangan suami isteri Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
“Itu bukan rumah Che Ta ke?” tanya satu komen.
“Macam rumah Che Ta dan Zain,” kata komen yang lain.
“Rumah besar, tempat eksklusif, kereta mahal tidak semestinya berduit,” tulis satu peminat.