Gadis dilapor hilang

Gadis dilapor hilang beberapa jam selepas makan malam bersama keluarga

Nur Hafeeza Adriana Rizuwan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat ahli keluarganya di rumah mereka di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, dekat sini malam tadi.

Kehilangan Nur Hafeeza Adriana Rizuwan yang dipanggil Angah atau Feeza disedari ibunya, Umi Khalsum Saad, 40, kira-kira pukul 5 pagi  ini setelah didapati tiada di bilik tidurnya.

Umi Khalsum berkata, anak kedua dari lima beradik itu masuk ke bilik tidur sekitar pukul 11 malam dan terdahulu beberapa jam sebelum itu mereka sekeluarga menikmati makan malam seperti biasa.

“Saya terkejut apabila Angah tiada di rumah pagi ini. Beberapa helai pakaian serta beg sandangnya tiada. Dia juga ambil kad pengenalannya yang disimpan dalam beg duit saya.

“Dia tidak ada telefon untuk dihubungi, kami sekeluarga telah cari di rumah kawan-kawannya namun masih gagal. Laporan polis juga telah dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sufian Redzuan mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan di Balai Polis Bukit Payung pukul 8.35 pagi ini dan polis sedang  mengesan remaja tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya