FRIM terima Anugerah The BrandLaureate Brand of the Year 2024 kecemerlangan Penyelidikan Perhutanan Tropika

FRIM terima Anugerah The BrandLaureate Brand of the Year 2024 kecemerlangan Penyelidikan Perhutanan Tropika

Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Ismail Parlan menerima anugerah tersebut daripada Tengku Datuk’ Dr Hishamuddin Zaizi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPONG: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menerima ‘The BrandLaureate Brand of the Year Award 2024’ bagi kategori Kecemerlangan Penyelidikan Perhutanan Tropika (Excellence in Tropical Forestry Research) pada majlis yang diadakan di ibu negara semalam.

Menurut kenyataan FRIM, pengiktirafan berprestij ini mengukuhkan sumbangan signifikan agnesi berkenaan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan tropika termasuk inovasi saintifik dan memenuhi keperluan para pemegang pelanggan serta mengukuhkan kedudukan FRIM sebagai peneraju global dalam bidang penyelidikan perhutanan tropika.

Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Ismail Parlan menerima anugerah tersebut daripada Tengku Datuk’ Dr Hishamuddin Zaizi.

Turut hadir, Datuk Wira Sheikh Othman Sheikh Abdul Rahman, Ahli Anggota Institut (AI) FRIM; Timbalan KP (Penyelidikan) Dr Norwati Muhammad Timbalan KP (Operasi) Mahmudin Saleh, dan Ketua Komunikasi Korporat.Toh An Nee

FRIM telah dinobat sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada 2015 dan sedang dalam tahap akhir untuk mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

FRIM juga terus menunjukkan komitmennya dalam memelihara dan memajukan ekosistem tropika untuk generasi akan datang.

Sejak 1926, FRIM telah menerajui pelbagai inisiatif yang mengintegrasikan penyelidikan dengan keperluan industri, seterusnya memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi mampan.

Usaha-usaha tersebut selaras dengan matlamat alam sekitar negara serta agenda kelestarian global, menjadikan FRIM sebagai pemain utama dalam menangani cabaran alam sekitar.

Tema anugerah tahun ini, ‘Your Brand, Your Award. Celebrating, Championing, Capitalising The Best of Your Brand!’, bertepatan dengan misi dan pencapaian FRIM. Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan reputasi global FRIM tetapi juga memperkukuhkan azamnya untuk terus menyumbang kepada pemuliharaan dan penggunaan mampan ekosistem hutan tropika.

Dr Ismail mengucapkan syabas kepada semua warga FRIM yang sebenarnya penyumbang bagi FRIM menerima anugerah ini. Ucapan penghargaan juga kepada ahli AI yang sentiasa memberi sokongan untuk FRIM terus kekal cemerlang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya