Fitnah, niat porak perandakan keluarga - Puteri Sarah

Fitnah macam-macam, niat porak perandakan keluarga – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Rasanya ada manusia yang mahu porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah macam-macam.” Demikian kata pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang menerusi sebuah hantaran di Instagram Story selepas mendakwa ada pihak yang cuba menyebarkan fitnah terhadapnya.

Kata pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pihak tersebut juga cuba menggugat hubungan baiknya bersama keluarga mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Nak melagakan satu keluarga pula,” katanya.

Puteri Sarah bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran terperinci berkaitan kenyataan yang dimuat naiknya itu.

Menyedari perkara itu, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof, Patimah turut mengulang siar hantaran menantunya itu di Instagram Story miliknya.

Menerusi perkongsian sama, Patimah turut menitipkan doa buat pelakon drama Andai Itu Takdirnya serta dua cahaya matanya, Syaikhul dan Sumayyah.

“Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 2014 namun bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN