FGV Holdings salur RM250,000 bantu 1,200 asnaf di Terengganu 

FGV Holdings salur RM250,000 bantu 1,200 asnaf di Terengganu 

ILYAS Helmi Mohd. Yusof (kiri)  di majlis penyampaian bantuan barangan makanan kepada asnaf di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Prihatin dengan nasib asnaf di Terengganu, FGV Holdings Berhad tampil menyalurkan bantuan barangan makanan bernilai RM250,000 untuk  1,200 asnaf di seluruh negeri ini.

Pengurus Hal Ehwal Agama dan Kebajikannya, Ilyas Helmi Mohd. Yusof berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban kewangan golongan asnaf di Terengganu dalam berdepan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

Katanya, ia juga membuktikan kesungguhan FGV dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu  golongan miskin di negara ini. 

“Melalui program agihan barangan makanan yang dijalankan ini, FGV dapat melaksanakan tanggungjawab sosial seperti berkhidmat dan membangunkan komuniti yang berada di sekitar operasi perniagaan kami bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh Malaysia.

“Produk yang diagihkan untuk asnaf ialah melalui keluaran Kumpulan FGV dengan jenama SAJI seperti minyak masak, krimer pekat, beras, gula dan susu,” katanya selepas menyampaikan bantuan makanan kepada 400 asnaf di dewan terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata, bantuan itu akan diagihkan di dua lagi lokasi dalam masa terdekat untuk baki 800 penerima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya