KUALA LUMPUR: “Ingat, saya tidak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ini terhadap saya di dunia akhirat.”
Demikian kata akters jelita, Nur Fazura yang berang dengan tindakan seorang pengguna akaun Instagram yang mendakwa dia masih berdendam dengan bekas suaminya, Fattah Amin.
Tidak gentar dihina, Fazura yang memuat naik perkara itu di Instagram Story turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang memadam semula kenyataan yang berbaur fitnah itu.
“Kenapa padam komen adik? Penat tulis panjang-panjang. Ada yang tidak betul pula ke? Hidup masih panjang kan?
“Simpan kenangan setiap kata-kata awak terhadap saya untuk bekalan masa depan awak pula nanti,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Fazura turut berkongsi tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh individu tersebut.
Selain menghamburkan kata-kata yang keterlaluan, individu terbabit turut mengungkit semula kisah silam pelakon tersebut dan mengaitkannya dengan beberapa figura.
Malah, individu berkenaan juga bertindak mendoakan agar pelakon itu ditimba musibah yang setimpal dengan perbuatannnya.
“Fazura awak memang ada masalah dendam dengan Fattah ke? Orang itu sudah pulangkan kereta tapi sibuk saman dia. Orang lain pun bercerai tapi perangai elok saja. kereta. Ke awak attention seeker?
“Satu hari nanti, Allah balas perbuatan awak aniaya orang. Kemudian, ajak netizen buat dosa nak nampak macam Fattah yang bersalah. Semoga Allah balaslah dekat dunia dan tarik nikmat yang awak ada. Allah tidak tidur ya.
“Moga Allah sedarkan awak dan Allah jauhkan awak dari lelaki-lelaki yang baik-baik. Tak baik sungguh perangai you,” kata individu tersebut.
Baru-baru ini, Fattah mengesahkan Fazura telah menghantar surat tuntutan selepas beberapa bulan bercerai.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 namun berpisah pada 7 Oktober lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. -UTUSAN