Farid enggan ceraikan Diana, mahkamah perintah lantik wakil JKP

Farid enggan ceraikan Diana, mahkamah perintah lantik wakil JKP

DIANA Danielle ketika tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keengganan pelakon Farid Kamil menceraikan isterinya, Diana Danielle menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memerintahkan pasangan selebriti itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin membuat keputusan itu selepas Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 43,  bertegas enggan melafazkan cerai terhadap Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, pada sebutan kedua kes penceraian mereka.

Di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, JKP terdiri daripada ahli keluarga terdekat yang bertanggungjawab menasihati serta mencari jalan penyelesaian bagi kemelut rumah tangga pasangan yang terlibat.

Bagaimanapun, Diana enggan memaklumkan wakil JKP bagi pihaknya manakala Farid belum melantik wakilnya setakat ini.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 24 Mac hadapan untuk sebutan semula kes dan laporan JKP daripada kedua-dua pasangan itu.

Semasa prosiding, Diana diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala Farid pula diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sebelum ini, mahkamah sama mengesahkan rujuk yang dibuat oleh Farid terhadap Diana pada 31 Ogos tahun lalu adalah sah.

Pada prosiding terdahulu, Akberdin memaklumkan pasangan itu sudah tiada persefahaman dan perbalahan yang panjang membuat Diana nekad memfailkan permohonan cerai kali kedua pada 4 November lalu.

Menurut Akberdin, permohonan perceraian hari ini dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu, Diana Danielle mengejutkan ramai pihak selepas meluahkan rasa nekad untuk bercerai dengan suaminya yang juga aktor, Farid Kamil.

Berita itu telah dikongsikan oleh Diana menerusi sebuah hantaran di Instagram yang turut enggan mendedahkan punca dirinya nekad dengan keputusannya itu.

Untuk rekod, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah.

Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya