Empat wanita ditahan selepas terlibat samun

Empat wanita ditahan selepas terlibat samun

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menahan empat wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes samun di Serdang Perdana di sini, pada 28 November lalu.

Kesemua mereka wanita warga tempatan berusia 30 tahun hingga 41 tahun itu di persimpangan lampu isyarat, Jalan Semangat PJS 13 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, satu laporan dibuat oleh mangsa mengenai kejadian yang berlaku.

Katanya, pengadu didatangi tiga wanita menaiki sebuah kereta ke rumahnya kira-kira pukul 11 pagi.

“Pengadu berusia 69 tahun mendakwa suspek memberitahu berkenaan pinjaman dan bantuan khas sebelum mengajak pengadu ke pejabat di Serdang Perdana, di sini.

“Apabila mangsa turun daripada kereta, salah seorang suspek menarik rantai leher yang dipakai pengadu, sebelum mereka melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, terkesan satu video tular berdurasi seminit tiga saat di media sosial berkenaan tangkapan tersebut.

“Kesemua suspek akan ditahan reman di Mahkamah Petaling Jaya hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 03-8074 2222,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya