Empat sungai di Kedah masih paras bahaya

Empat sungai di Kedah masih paras bahaya

ANGGOTA bomba meneruskan pemantauan di lokasi yang masih terjejas banjir di sekitar negeri ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Empat sungai di negeri ini masih dikategorikan berada dalam paras bahaya dengan tiga daripadanya menunjukkan trend menaik sehingga pukul 11 pagi ini.

Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu merekodkan paras 9.22 meter yang melebihi 0.8 meter daripada tahap bahaya iaitu 9.14 meter walaupun tiada hujan dalam tempoh ini.

Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar pula 2.21 meter, melebihi tahap bahaya 1.7 meter manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan 3.89 meter melebihi tahap bahaya 2.6 meter.

Sementara Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu yang menunjukkan trend menurun berkedalaman 4.78 meter yang masih melebihi tahap bahaya 3.8 meter.

Dalam pada itu, sehingga pukul 8 pagi tadi, seramai 8,051 mangsa daripada 2,449 keluarga masih berlindung di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terlibat banjir.

Kota Setar merekodkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 3,858 orang diikuti Kubang Pasu (2,431); Sik (695); Pokok Sena (596); Padang Terap (441) dan Baling (30). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya