Empat negeri sambut Krismas dengan hujan, ribut petir - Utusan Malaysia

Empat negeri sambut Krismas dengan hujan, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat negeri dijangka akan mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas, esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, empat negeri tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, katanya, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.

“Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia mengingatkan orang ramai merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca terkini dan sahih di MET Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya