Empat negeri hujan berterusan

Empat negeri hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran hujan berterusan dijangka melanda di empat negeri mulai hari ini hingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada itu dijangka berlaku di Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Di Pahang, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Hulu Perak, Perak.

METMalaysia sebelum ini, mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri, termasuk kawasan Pantai Timur yang sering terjejas akibat musim tengkujuh.

Musim tengkujuh biasanya berlangsung antara November hingga Mac membawa risiko hujan berterusan terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

METMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN