Empangan utama Pulau Pinang belum pulih, pengguna diminta jimat air

Empangan utama Pulau Pinang belum pulih, pengguna diminta jimat air

KAPASITI efektif Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang berada pada paras 61.7 peratus setakat 29 Disember 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pengguna air di Pulau Pinang disaran untuk terus mengamalkan penjimatan air sehingga hujan lebih konsisten yang dijangka turun pada April atau Mei tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, ketika ini, kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang masih belum pulih sepenuhnya walaupun telah mencatatkan taburan hujan yang ketara sejak empat bulan lalu.

“Kapasiti efektif Empangan Air Itam meningkat daripada 30.8 peratus pada Ogos 2024 kepada 76.7 peratus pada penghujung Disember 2024 sementara Empangan Teluk Bahang pula meningkat daripada 25.8 peratus kepada 61.7 peratus dalam tempoh yang sama.

“Namun begitu, kapasiti ini sebenarnya belum mencukupi untuk menampung penggunaan air yang tinggi khususnya semasa musim perayaan pada suku pertama 2025,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh antara 1 hingga 29 Disember 2024 pula, kawasan tadahan air di sekitar empangan hanya menerima 979.0 milimeter (mm) hujan bagi Empangan Air Itam dan 944.5 mm bagi Empangan Teluk Bahang.

“Walaupun angka ini menunjukkan peningkatan, ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian purata sebanyak 883 juta liter sehari yang direkodkan pada November 2024.

“Kedua-dua empangan ini direka untuk diisi semula oleh hujan di kawasan tadahan masing-masing. Namun, musim kemarau yang berpanjangan akibat fenomena El Nino tahun ini telah mengurangkan kapasiti efektif empangan dengan ketara,” katanya.

Tambah beliau, status Empangan Mengkuang yang diperbesarkan di tanah besar berada pada tahap memberangsangkan, dengan kapasiti efektif mencapai 91.6 peratus pada 29 Disember 2024.

“Air dari empangan ini mampu menyokong bekalan air untuk kawasan Seberang Perai dan Daerah Barat Daya (DBD) Pulau Pinang jika diperlukan. PBAPP juga menjangkakan fenomena cuaca ENSO neutral atau La Nina ringan pada awal 2025, yang boleh membawa corak taburan hujan lebih konsisten,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya