Elaun bulanan bilal, siak, naik RM200

Elaun bulanan bilal, siak, naik RM200

MUHAMMAD Azmir Azizan menjawab soalan dalam sidang DUN di Kangar, Perlis.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kadar elaun bilal, siak dan penjaga kawasan masjid dinaikkan sebanyak RM200 bermula tahun ini melalui peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, kadar baharu elaun bilal tersebut adalah sebanyak RM650 sebulan dengan membabitkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM117 dan MAIPs sebanyak RM532.50.

Kadar elaun siak dan penjaga kawasan masjid pula katanya, adalah RM600 sebulan dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM100 serta MAIPs sebanyak RM500.

“Kerajaan negeri sentiasa memastikan kedudukan para pegawai masjid di negeri ini adalah setara atau lebih baik berbanding negeri-negeri lain.

“Selain itu, mengenai cadangan menaikkan kadar elaun imam dan pegawai masjid, kajian perbandingan pembayaran elaun imam dan pegawai masjid telah dijalankan dengan mengambil contoh model negeri-negeri di zon utara,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini semalam.

Dalam perkembangan berlainan, Muhammad Azmir berkata, MAIPs juga memperuntukkan sumbangan 204 rumah dan membaik pulih 204 kediaman bagi 102 kariah seluruh negeri ini dengan pencapaian terkini adalah sebanyak 339 rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya