Elaun bulanan bilal, siak di Perlis naik RM200

Elaun bulanan bilal, siak di Perlis naik RM200

MUHAMMAD Azmir Azizan menjawab soalan dalam sidang DUN di Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kadar elaun bilal, siak dan penjaga kawasan masjid dinaikkan sebanyak RM200 bermula tahun ini melalui peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, kadar baharu elaun bilal tersebut adalah sebanyak RM650 sebulan dengan membabitkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM117 dan MAIPs sebanyak RM532.50.

Kadar elaun siak dan penjaga kawasan pula katanya, adalah RM600 sebulan dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM100 serta MAIPs sebanyak RM500.

“Kerajaan negeri sentiasa memastikan kedudukan para pegawai masjid di negeri ini adalah setara atau lebih baik berbanding negeri-negeri lain.

“Selain itu, mengenai cadangan menaikkan kadar elaun imam dan pegawai masjid, kajian perbandingan pembayaran elaun imam dan pegawai masjid telah dijalankan dengan mengambil contoh model negeri-negeri di zon utara,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Muhammad Azmir berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Saad Seman (PN-Chuping) berhubung jumlah kadar peningkatan elaun buat pegawai masjid terutamanya imam-imam bagi seluruh negeri ini.

Dalam perkembangan berlainan, Muhammad Azmir berkata, MAIPs juga memperuntukkan sumbangan 204 rumah dan 204 baik pulih kediaman bagi 102 kariah seluruh negeri ini dengan pencapaian terkini adalah sebanyak 339 rumah.

“MAIPs juga menyalurkan sumbangan kepada 102 kariah masjid untuk Agihan Baikpulih Mikro Kediaman yang mensasarkan bantuan sebanyak lima buah rumah dengan sasaran penuh penuh penerima sebanyak 510 buah rumah. Jumlah sasaran penuh penerima bantuan kediaman MAIPs ini adalah sebanyak 918 orang setahun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya