Ejen hartanah rugi RM85,000 diperdaya projek hotel di Pattaya

Ejen hartanah rugi RM85,000 diperdaya projek hotel di Pattaya

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ejen hartanah berputih mata setelah mengalami kerugian berjumlah RM85,000 diperdaya projek pembinaan hotel di Pattaya, Thailand yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bah­ru Selatan (JBS), Asisten Ko­misioner Raub Selamat berkata, lelaki tempatan berusia 37 tahun diperdaya dalam bentuk mata wang kripto jenis tether (USDT) sebanyak USDT20,000 bersamaan kira-kira RM85,000.

Katanya, mangsa ditawarkan pelaburan itu oleh dua suspek lelaki warga asing berusia 35 dan 39 tahun untuk pembinaan projek hotel di Pattaya, pada Mac lalu.

“Mangsa telah berminat kerana dijanjikan akan memiliki saham pemilikan sebanyak satu peratus, yang mana bersamaan dengan USD10,000 (RM45,100). Pada 8 julai lalu, mangsa telah memindahkan mata wang kripto sebanyak USDT20,000 ke pemilik akaun suspek bagi tujuan itu.

“Walaubagaimanapun mangsa tidak mendapat sebarang pulangan dan keuntungan pelaburan selepas pembuat pembayaran terbabit,” katanya dalam kenyataan semalam. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya