Duda kena enam sebatan tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah

Duda kena enam sebatan tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah untuk jalani hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kenderaan Penjara Marang yang membawa Mohd. Affendi Awang, 42, tiba di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini pada pukul 2.29 petang untuk menjalani hukuman enam sebatan disebabkan kesalahan khalwat berulang.

Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna oren dan pelitup muka itu dibawa ke masjid dengan diiringi dua lagi kereta Penjara Marang.

Difahamkan, tertuduh akan menjalani hukuman sebatan selepas pemeriksaan mendapati tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Tukang rumah yang berasal dari Kerteh, Kemaman itu dijatuhkan hukuman selepas mengaku salah berkhalwat kali ketiga dengan seorang wanita berusia 52 tahun di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail dalam prosiding pada 20 November lalu.

Lebih 100 jemaah masjid yang baru sahaja menunaikan solat Jumaat juga memenuhi pekarangan masjid untuk melihat tertuduh dengan jarak dekat.

Pada 20 November lalu, media melaporkan seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu yang bakal dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.

Hukuman itu diputuskan mahkamah selepas tertuduh, Mohd. Affendi Awang, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya