Duan Nago Bogho berpotensi menjadi filem 'malar segar' - Utusan Malaysia

Duan Nago Bogho berpotensi menjadi filem ‘malar segar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Filem Duan Nago Bogho yang diarahkan pelakon dan sutradara, Sabri Yunus berpotensi menjadi sebuah naskhah malar segar yang merentas masa.

Penerbitnya, Datuk Arifful Ahmadi Ab Rahman berkata, hal itu kerana filem tersebut bukan sahaja mengangkat seni tarian Mak Yong, malah juga bersifat komersial.

“Sepanjang menjadi penerbit, saya jarang melihat filem yang mengangkat jati diri tempatan, dihasilkan. Itu sebabnya saya dan Sabri berminat untuk menghasilkan Duan Nago Bogho ini.

“Tidak dinafikan memang kami terima kritikan, namun saya tetap berpuas hati apabila Sabri menonjolkan seni budaya Malaysia tanpa meninggalkan elemen komersial,” katanya ketika sesi soal jawab selepas majlis Apresiasi Filem sempena Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) di GSC Mid Valley baru-baru ini.

Katanya, Duan Nago Bogho tetap mendapat sambutan kerana filem tersebut menerapkan elemen seni tradisi yang berasal dari Kelantan.

Hal tersebut katanya terbukti dengan jumlah kutipan pecah panggung sebanyak RM1.3 juta apabila ia ditayangkan pada Januari 2023.

“Dan lebih membanggakan, dalam bukan semua filem lulus tayang di Netflix, filem ini antara yang terpilih untuk dipertontonkan di platform itu.

“Perkara itu membuktikan Duan Nago Bogho sememangnya mempunyai keistimewaan yang menarik penonton,” ujarnya.

Filem terbitan syarikat Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. itu tercalon dalam kategori Filem Terbaik di FFM33 dan akan bersaing dengan enam buah filem seperti Abang Adik, Mechamato Movie, Rain Town, Imaginur, Hungry Ghost Diner dan Sheriff.

Selain itu, pelakon utamanya, Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, bersaing dengan empat pelakon iaitu Zul Ariffin (Sheriff), Beto Kusyairy (Imaginur), Shaheizy Sam (Polis Evo 3) dan Chew Kin Wah (Rain Town).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya