Dua warga Myanmar didakwa bunuh lelaki Bangladesh

Dua warga Myanmar didakwa bunuh lelaki Bangladesh

DUA warganegara Myanmar dibawa untuk prosiding perbicaraan ke Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dua lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki Bangladesh di kebun sayur-sayuran di Tanah Tinggi Lojing, dua minggu lalu.

San Htike, 28, dan Khin Maung Win, 22, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa dengan niat bersama-sama untuk membunuh sehingga menyebabkan kematian Md. Jahanggir Alom, 30.

Perbuatan itu didakwa dilakukan  di kawasan kebun sayur-sayuran di Kampung Kuala Tahu, Tanah Tinggi Lojing kira-kira pukul 10.30 malam pada 27 November hingga 9 malam 28 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara 30 hingga 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya