BAGAN SERAI: Dua sahabat dari Changkat Lobak di sini memulakan ekspedisi luar biasa berjalan kaki dari kampung mereka ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun depan. Mohamad Al-Bukhari Ellia, 26, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, yang mula berjalan kaki dari kampung mereka di sini semalam, menyasarkan untuk berjalan 10 jam sehari. Mereka akan berjalan kaki hingga ke Bangkok, Thailand dan kemudian menaiki pesawat ke India sebelum menyambung berjalan kaki hingga ke Mekah. Mohamad Azizul berkata, idea untuk berjalan kaki ke Mekah itu diinspirasikan daripada kisah sahabat-sahabat Nabi yang mengembara untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya