Dua PPS tempatkan 26 mangsa banjir dibuka di Tanah Merah

Dua PPS tempatkan 26 mangsa banjir dibuka di Tanah Merah

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) berbual dengan penduduk selepas air mula naik berikutan hujan berterusan di Tanah Merah, Kelantan. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir mula melanda negeri ini apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan(SK) Lawang dan SK Jedok, Tanah Merah melibatkan 26 mangsa selepas rumah mereka dinaiki air ekoran cuaca buruk sejak pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM), Kolonel (PA) Mohd. Adzhar Mujab berkata, PPS pertama dibuka kira-kira pukul 1.30 petang ini selepas paras air mula naik ekoran hujan lebat yang luar biasa di sekitar jajahan Tanah Merah yang menempatkan mangsa daripada sembilan keluarga.

“Antara kawasan terbabit Kampung Bendang Nyiur, Kampung Kelewek, Kampung Batu Gajah, Kampung Manal, Bukit Sireh, Kampung Gual Ipoh, Kampung Batu 8 dan Kampung Batang Merbau, Tanah Merah.

“Anggota sedang menjalankan pemantauan di beberapa lokasi yyang dijangka berlaku banjir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya