Dua gol Fortes bantu Selangor benam Perak - Utusan Malaysia

Dua gol Fortes bantu Selangor benam Perak

PEMAIN FC Perak, Wan Zack Haikal (kiri) diasak pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dalam perlawanan Liga Super di Stadium Manjung hari ini. - UTUSAN/GAMBAR PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Selangor FC mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas menundukkan Perak FC  2-1 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Sebaliknya, kekalahan itu menyaksikan Perak kemarau kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut.

Dua jaringan Alvin Fortes masing-masing pada babak pertama dan kedua perlawanan membolehkan Selangor mengumpul 35 mata daripada 16 perlawanan setakat ini.

Pada perlawanan di sini, Selangor membuka jaringan menerusi Fortes pada minit ke-41 selepas mudah menolak masuk bola hantaran Quentin Cheng dari sebelah kanan.

Fortes menggandakan kedudukan buat Selangor menerusi gol keduanya pada minit ke-71 selepas menerima hantaran ke belakang oleh Alexander Ameyaw.

Perak cuba bangkit dan berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan Wan Zack Haikal dalam kotak penalti pada minit ke-89.

Pasukan tuan rumah menggandakan serangan pada babak-babak akhir perlawanan untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan namun gagal membolosi jaring lawan sehingga tamat permainan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya