Dua beranak laku jenayah syariah dihadap ke mahkamah

Dua beranak laku jenayah syariah dihadap ke mahkamah

MAT HUSIN Sulaiman (depan, kiri) dan Aslina Razali (kanan) yang dituduh atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua beranak  dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini, secara berasingan atas pertuduhan berkhalwat dan melakukan persediaan persetubuhan haram bersama pasangan masing-masing.

Dalam kes terbabit, seorang pelajar, Nur Hadhari Mat Husin, 20, dituduh melakukan kesalahan khalwat berulang  bersama pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didakwa mengikut Seksyen 31 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Sementara itu,  bapa kepada Nur Hadhari pula, Mat Husin Sulaiman, 53, yang merupakan tukang urut dan pasangannya, Aslina Razali, 37, pula didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.


NUR HADHARI Mat Husin (kiri) dan Che Mohammad Aidil Hakim Rozali (belakang) yang dituduh melakukan kesalahan khalwat dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Nur Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim yang masing-masing merupakan penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) swasta terlepas hukuman sebat atas kesalahan khalwat berulang.

Pasangan itu ditangkap kali kedua atas kesalahan tersebut di  sebuah apartment di sini pada pukul 4.15 pagi, 18 Mac lalu.

Untuk rekod, pada 1 Februari lalu, mereka diberkas kerana berkhalwat kali pertama di lokasi yang sama.

Bagaimanapun, pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu.

Hakim Syarie, Hamidi  Shafie memerintahkan  hukuman denda RM4,000 atau penjara enam sekiranya gagal membayar denda ke atas Mohammad Aidil Hakim dan RM3,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda kepada Nur Hadhari.

Berdasarkan enakmen itu, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman sebat hingga enam kali, denda hingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Nik Mohd. Shahril Irwan Mat Yusof manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Mat Husin dan Aslina pula didakwa melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini pada pukul 5.25 petang, 19 Mei lalu.

Mengikut fatwa kes, Mat Husin berkain batik manakala pasangannya yang masih isteri orang didapati hanya bertuala sewaktu diserbu pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau enam sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Syarie, Mohd. Nazri Yusof kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 ke atas Mat Husin dan Aslina.

Pendakwaan dikendalikan, Pendakwa Syarie, Nurul Taqwa  Hasbu manakala Mat Husin dan Aslina tidak  diwakili peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya