Dua beradik didakwa menipu pembelian minuman keras, minyak masak

Dua beradik didakwa menipu pembelian minuman keras, minyak masak

GOH Ching Jin (depan, dua dari kiri) dan Kim Chai (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua beradik yang merupakan peniaga air soya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan dua lelaki bagi pembelian minuman keras dan barangan lain yang tidak wujud bernilai RM457,682.

Tertuduh Goh Ching Jin, 31 dan Goh Kim Chai, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar mahkamah berasingan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli dan Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh secara bersama-sama menipu seorang lelaki berusia 45 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM265,680 secara tunai bagi tujuan pembelian minuman keras yang tidak wujud.

Dengan itu, tertuduh dengan curangnya telah mendorong lelaki berkenaan untuk menyerahkan wang tersebut kepada tertuduh yang mangsa tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang 12.30 tengah hari di hadapan sebuah kedai makan di Seremban 2 di sini pada 4 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dua beradik itu berdepan pertuduhan sama terhadap seorang lelaki berusia 47 tahun bagi tujuan pembelian minuman keras, minuman bergas dan minyak masak tidak wujud berjumlah RM192,002 secara tunai.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah pasar raya di Nilai pada 19 Februari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan ini yang mana jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum, penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 manakala di kamar berbeza Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam, K. Ponnusamy kemudian memaklumkan kedua-dua anak guamnya adalah peniaga air soya dengan pendapatan purata RM2,000 sebulan dan bakal dijamin bapa saudara.

Nurul Saqinah membenarkan jaminan RM4,000 manakala Syed Farid menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap tertuduh. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya