‘Doakan mak cik dapat anak lelaki ya’

‘Doakan mak cik dapat anak lelaki ya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Genap dua bulan bergelar ibu tunggal, pelakon, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian selepas meminta seorang kanak-kanak mendoakannya agar dikurniakan cahaya mata lelaki.

Menerusi video yang tular di TikTok, Fazura telah mengeluarkan kenyataan spontan tersebut ketika bergambar dan beramah mesra dengan seorang wanita bersama tiga orang anak lelakinya.

“Doakan mak cik dapat anak lelaki ya,” katanya.

Lebih mencuri perhatian, pelakon filem Pisau Cukur itu turut mengusap perutnya ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Tertarik dengan perkongsian tersebut, tindakannya itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di ruangan komen.

“Dari dulu dia sebut nak bagi Fatima adik lelaki. Semoga ada rezeki Fatima dapat adik,” komen seorang peminatnya.

“Kesian Faz, dia dah rancang nak anak lagi tapi takdir kata sebaliknya,” komen seorang warganet.

“Kesian dengar Fazura cakap bab anak. Dari dulu dia mahukan anak lelaki,” komen seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN