Ditahan polis, gara-gara larikan pendingin hawa

Ditahan polis, gara-gara larikan pendingin hawa

TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membuka pagar sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan polis gara-gara kerana menceroboh dan melarikan pendingin hawa dari sebuah rumah warga asing di Taman Nesa, Skudai, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.18 tengah hari, Khamis lalu ketika mangsa berusia 40 tahun dan suaminya tiada di rumah.

Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Utara menahan suspek berusia 32 tahun pada pukul 2.30 petang, Jumaat lalu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Suspek direman selama empat hingga Selasa ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Terdahulu, tular dalam media sosial seorang lelaki merosakkan pagar rumah mangsa bagi melarikan set pendingin hawa.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 20 saat itu, seorang lelaki yang memakai topi dilihat memasuki premis berkenaan dan melarikan satu unit pendingin hawa sebelum menutup semula pagar rumah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya