Dinobat Aktres Terbaik, Susan Lankester dedikasi anugerah buat pejuang kanser

Dinobat Aktres Terbaik, Susan Lankester dedikasi anugerah buat pejuang kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menerusi watak Aileen dalam filem Rain Town, pelakon, Susan Lankester, dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) 2024, di Singapura pada Khamis.

Dalam nada sebak, Susan turut mendedikasikan penghargaan tersebut kepada ibunya, juga kepada pejuang kanser di luar sana.

“Saya dedikasikan anugerah ini kepada para ibu di luar sana yang berjuang di dalam diam, namun mereka tetap bangun setiap hari untuk memberi makan, menyayangi dan memastikan kita dalam keadaan baik. 

“Saya mahu mereka tahu kita sedar pengorbanan itu dan sangat menghargainya.

“Saya juga tujukan anugerah ini kepada ibu saya dan para wanita yang berjuang melawan kanser,” katanya ketika ucapan penghargaan.

Kemenangan Susan malam tadi telah menumpaskan saingan terdekatnya iaitu pelakon Robyn Malcolm menerusi filem After The Party dengan margin markah sebanyak 0.08.

“Terima kasih kepada Anugerah Kreatif Akademi Asia dan juri yang mengiktiraf kemenangan ini. Saya sangat terharu.

“Kepada pelakon lain yang tercalon, saya berbesar hati dapat berkongsi pentas ini dengan anda semua,” tambahnya.

Rain Town arahan Tunku Mona mengisahkan konflik kekeluargaan apabila seorang bapa, Choo, terlalu mengawal kehidupan tiga orang anaknya. Kehidupan mereka mula diuji lebih dahsyat apabila istenya, Aileen disahkan menghidapi kanser.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN