‘DinFei’ cemas sebelum mara

‘DinFei’ cemas sebelum mara

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi wakil Malaysia kedua mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berdepan detik cemas sebelum mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, pasangan No. 7 dunia itu terpaksa bermandi peluh untuk menumpaskan gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 17-21, 21-16, 27-25 dalam tempoh 81 minit.

Nur Izzuddin berkata, beliau enggan mengalah sebaliknya,  berusaha mendapatkan mata pada saat genting ketika di set ketiga sebelum memastikan kemenangan.

“Betul. Saya hanya bermain dan merisikokan semuanya. Ianya sememang lebih baik untuk mencuba dan kalah daripada tidak berbuat apa apa,” kata Nur Izzuddin.

Kejayaan melangkah ke final itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin menjadi wakil Malaysia kedua selepas beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kemaraan, membenam rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, pagi tadi.

Menanti di perlawanan akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin bakal menentang pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen atau gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Rez Pahlevi Isfahani pada esok.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan sulung beregu negara di pentas Jelajah Dunia Akhir BWF dan menjadi wakil Malaysia kedua yang beraksi di pentas akhir.

Juara beregu akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$210,000 (RM934,688) manakala naib juara AS$100,000 (RM445,089). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya