Dijanjikan pulangan 400 peratus oleh Lily, lelaki rugi RM81,000

Dijanjikan pulangan 400 peratus oleh Lily, lelaki rugi RM81,000

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Gara-gara mahu meraih keuntungan pelaburan hingga 400 peratus, seorang pengurus kedai borong mengalami kerugian RM81,050 setelah terpedaya dengan satu skim pelaburan  tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 46 tahun itu dihubungi seorang wanita Cina yang memperkenalkan diri sebagai Lily pada 27 April lalu.

Katanya, mangsa dijanjikan dengan pulangan lumayan hasil pelaburan tersebut hingga 400 peratus dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp.

“Syarikat tersebut  menyediakan tatacara pembelajaran serta analisis pelaburan yang dibuat secara dalam talian. Mangsa yang terpikat dengan tawaran keuntungan 400 peratus melakukan lapan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun syarikat itu bermula 1 hingga 22 Mei lalu.

“Malangnya, setiap kali mangsa cuba mendapatkan pulangan pelaburan yang dibuat, pelbagai alasan diberi oleh pihak berkenaan menyebabkan mangsa berasa tertipu dan tampil membuat laporan polis semalam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya